Pengelasan racun serannga Racun_serangga

Pengelasan racun serangga dilakukan dalam beberapa cara:

  • Racun serangga systemik yang memasuki tumbuhan yang dirawat. Serangga menghadamkan racun serangga semasa makan tumbuhan.
  • Racun serangga sentuhan yang beracun kepada serangga disebar dengan sentuhan langsung. Keberkesanan sering kali dikaitkan dengan kualiti penggunaan racun serangga, sebagai bentuk semburan (seperti aerosol) sering kali dikaitkan dengan peningkatan prestasi.[2]
  • Racun serangga semula jadi, seperti hasilan nicotine, pyrethrum dan neem dari tumbuhan sebagai perlindungan dari serangga. Racun serangga berasaskan Nicotine masih digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada sungguhpun ia diharamkan di Kesatuan Eropah.[3]
  • Perlindungan sepadu tumbuhan ("Plant-incorporated protectants" (PIPs) merupakan bahan racun serangga yang dihasilkan oleh tumbuhan selepas pengubahsuaian genetik.[4] Sebagai contoh, gen yang dikodkan bagi protin racunbio Baccilus thuringiensis khusus yang dimasukkan dalam bahan genetik tumbuhan. Dengan itu, tanaman tersebut menghasilkan protin tersebut. Disebabkan racunbio disepadukan dengan tumbuhan, penggunaan tambahan setidaknya bagi bahan yang sama tidak diperlukan.
  • Racun serangga inorganik yang dikilangkan dengan logam dan termasuk arsenate, sebatian tembaga dan sebatian fluorine, yang kini jarang digunakan, dan belerang, yang biasa digunakan.
  • Racun serangga organik merupakan bahan kimia buatan sintesis yang membentuk sebahagian besar racun serangga yang terdapat masa kini.
  • Kaedah tindakan—bagaimana racun serangga membunuh atau nyahaktif serangga perosak—adalah satu lagi cara mengkelaskan racun serangga. Kaedah tindakan adalah penting bagi menjangka samaada sesuatu racun serangga akan meracun spesies tidak berkait seperti ikan, burung dan mamalia.

Rujukan

WikiPedia: Racun_serangga //scholar.google.com/scholar?q=%22Racun+serangga%2... //www.google.com/search?&q=%22Racun+serangga%22+si... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Racun... //www.google.com/search?q=%22Racun+serangga%22&tbm... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Racun+seran... http://grounds-mag.com/mag/grounds_maintenance_ins... http://www.insectbuzz.com/ http://www.pestworld.com http://pmep.cce.cornell.edu/profiles/insect-mite/m... http://www.msue.msu.edu/objects/content_revision/d...